fbpx

APMM rampas 8kg dadah bernilai RM400,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Zon Maritim Batu Pahat berjaya merampas lapan kilogram dadah jenis syabu bernilai RM400,000 dalam serbuan di perairan Sungai Sarang Buaya, Batu Pahat awal pagi semalam.

BATU PAHAT – Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat berjaya merampas dadah disyaki jenis syabu seberat kira-kira lapan kilogram (kg) di perairan Sungai Sarang Buaya awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohamad Othman berkata, rampasan bernilai kira-kira RM400,000 itu dibuat ketika anggota penguatkuasa APMM melaksanakan rondaan Op Jaksa di sepanjang perairan Batu Pahat sehingga ke Muar.

Katanya, dadah berkenaan dikesan dalam sebuah tong minyak yang terapung sekitar boya Permatang Kuala yang terletak di kedudukan lebih kurang 5 batu nautika selatan Sungai Buaya.

“Sebaik anggota Penguat Kuasa menghampiri boya tersebut, kelihatan satu tong minyak terapung dengan berisi bungkusan yang dibaluti plastik berwarna hitam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat lapan paket bungkusan teh Cina berisi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu dalam setiap plastik hitam tersebut yang dianggarkan seberat satu kilogram setiap satu.

“Kesemua lapan bungkusan teh Cina yang mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat lebih kurang lapan kilogram itu seterusnya dirampas dan dibawa ke pejabat Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan dan siasatan lanjut.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, APMM memandang serius terhadap operasi penguatkuasaan di laut

dan akan mengambil tindakan tegas kepada setiap penjenayah yang melakukan aktiviti jenayah di sepanjang Zon Maritim Malaysia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI