fbpx

Akan ada lagi tarik sokongan terhadap kerajaan PN – Tajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAJUDDIN pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan Program Kami Prihatin Seronoknya ke Sekolah di Dataran Belia Felcra Changkat Lada, Pasir Salak hari ini. PIX SHAARANI ISMAIL

PASIR SALAK – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa akan ada beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO dijangka akan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, perkara itu mungkin berlaku berikutan kedudukan kerajaan PN yang ketika ini sangat tipis.

Tanpa menyebut siapa yang akan menarik sokongan itu, Tajuddin berkata perkara itu berlaku adalah disebabkan kelemahan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya difahamkan ada kemungkinan ada beberapa lagi yang akan menarik diri. Apabila itu berlaku maknanya jatuh kerajaan,  (jika) satu lagi tarik diri (kerajaan) kalah, kalau dua?

“Saya dengar cerita akan ada lagi yang akan menarik diri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pada Program Kami Prihatin, Seronoknya ke Sekolah anjuran Skuad Prihatin bersama GT Haulage di Arena Belia Felcra Changkat Lada di sini hari ini.

Tajuddin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub semalam yang mengumumkan keputusannya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan PN diketuai Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, dipetik berkata surat makluman tindakan itu akan dihantar kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan segera.

Tajuddin berkata, kerajaan yang dipimpin Muhyiddin ketika ini sangat rapuh dan terdedah kepada pihak yang tidak menyokong.

“Itu situasinya, dengar cerita (mungkin) ada lagi tapi tak tahu siapa. Ini apa yang berlaku dan Jazlan (dilihat) sebagai pencetus kepada perubahan,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, apa yang berlaku adalah bersifat sokongan secara peribadi kerana UMNO sendiri sudah menyatakan akan terus memberikan sokongan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sementara itu, mengulas isu pembahagian kerusi membabitkan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tajuddin sekali lagi menjelaskan tidak ada rundingan kerusi membabitkan Bersatu.

“Tidak ada rundingan. Kita dah tolak Bersatu.

“Kita tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15, ketua bahagian sendiri buat usul tidak mahu bersama Bersatu, takkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tolak (keputusan itu), tak munasabah,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI