fbpx

Aina Abdul enggan ulangi kontroversi gaun berdarah AJL34

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Aina Abdul pada pentas AJL34 tahun lalu mengundang kontroversi apabila cecair berwarna merah umpama darah yang keluar daripada gaun dipakainya seperti simbolik aksi bunuh diri.

PETALING JAYA – Mempertaruhkan lagu berjudul Semalam pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang bakal berlangsung 7 Februari depan, penyanyi Aina Abdul tidak mahu lagi mengulangi kesilapan edisi lalu.

Kata Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 27, dia tidak mahu lagu video persembahannya disekat daripada ditonton dalam YouTube.

“Saya taknak dikecam sampai saya tak boleh tengok video sendiri dalam YouTube.

“Kalau boleh saya nak revisit (lawat semula) persembahan tersebut, baca komen dan berbangga dengan persembahan lagu Sumpah di pentas AJL tahun lalu,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis ramah mesra AJL35 di Plaza Alam Sentral Shah Alam, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Ujar Aina, dia lebih arif tentang garis panduan persembahan untuk edisi kali ini agar persembahan yang bakal dicernakan menerusi lagu Semalam tetap diingati ramai namun atas sebab yang positif.

“Kali ini, saya lebih tahu tentang garis panduan. Tahun lalu, saya pertama kali bertanding. Jadi tentang garis panduan apa semua, saya tak tahu sangat.

“Pun begitu, saya akan tetap bereksperimentasi dan menyampaikan persembahan berkonsep,” dedahnya.

Ditanya lagu manakah merupakan pilihan peribadinya untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan, Aina memilih lagu Eh nyanyian Zizi Kirana.

“Masa mula-mula dengar lagu tersebut, saya fikir Zizi Kirana seorang yang berani.

“Bila lama-lama dengar, saya sedar banyak yang kita boleh pelajari daripada lagu berkenaan,” kata Aina ringkas.

Tahun lalu menerusi Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) untuk lagu Sumpah, Aina mencetuskan kontroversi kerana gimik ‘darah’ yang menitis daripada gaun dipakainya seperti memberi simbolik menunjukkan aksi bunuh diri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI