PUTRAJAYA – Sebanyak 2,433 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara mencecah sebanyak 135,992 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini merekodkan sebanyak 27,332 kes.
Menurutnya, daripada jumlah kes baharu hari ini, tujuh daripadanya ialah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 2,426 kes penularan tempatan.
“Terdapat sebanyak 1,277 kes sembuh dilaporkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 108,109 kes.
“Sembilan lagi kematian direkod dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 551 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Ujarnya lagi, sebanyak 171 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 76 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE