fbpx

100 penduduk Gua Musang jalani ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai beratur panjang untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Dewan Pusat Sivik, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Kira-kira 100 orang penduduk di Gua Musang yang merupakan kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani hadir secara sukarela menjalani ujian saringan Covid-19 di Dewan Pusat Sivik di sini hari ini.

Tindakan itu dilakukan sebagai mengikut langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar mengadakan ujian secara bersasar ekoran dua pemimpin tempatan itu disahkan positif Covid-19 semalam.

Dua pemimpin itu telah dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Seorang penduduk, Ahmad Abdullah, 55, berkata, dia dengan rela hati hadir untuk menjalani saringan Covid-19 kerana bimbang terkena jangkitan itu.

Katanya, ini kerana, beberapa hari lalu dia bersama-sama wakil rakyat terbabit ketika membantu mangsa banjir di kawasan DUN terbabit.

“Saya terkejut apabila mendapat ADUN Nenggiri positif Covid-19. Jujurnya, saya rasa takut juga sebelum mengambil keputusan untuk melakukan saringan hari ini.

“Alhamdullah, pada ujian saringan pertama, saya negatif daripada jangkitan Covid-19,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Noor Husni Abdul Latif, 45, pula berkata, wakil rakyat terbabit begitu sibuk membantu mangsa banjir sejak seminggu lalu.

Katanya, dia juga ada bersama dan secara sukarela tampil dengan rela hati untuk menjalani saringan Covid-19.

Sementara itu, Ab. Aziz dalam hantaran di Facebooknya memohon maaf kepada rakyat, keluarga dan sahabatnya.

Katanya, dia juga tidak pasti lokasi dijangkiti Covid-19 di dan menasihatkan agar kontak rapatnya segera menjalani ujian saringan Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI