fbpx

Warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia atas kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengumpil pintu rumah seorang warga emas yang ditemui meninggal dunia di Flat Seroja Indah, Jalan Seroja Indah, Tampoi, Johor hari ini. Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas yang tinggal bersendirian ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Flat Seroja Indah, Jalan Seroja Indah, Tampoi dekat sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Haizrul Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.22 pagi.

Ujarnya, sehubungan itu seramai empat anggota beserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota terus bertindak membuka pintu kunci rumah mangsa yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas.

“Sejurus dibuka, mangsa ditemui tersandar dan tidak sedarkan diri di sebuah kerusi di kawasan ruang tamu kediamannya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, selepas pemeriksaan dibuat, mangsa dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan kejadian itu disedari jirannya selepas mangsa tidak memberi respon ketika dipanggil dari luar rumah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI