fbpx

Wanita pakai baju sama selama 100 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah memakai pakaian sama selama 100 hari. – INSTAGRAM

BOSTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat menyahut ca­baran untuk memakai pakaian sama selama 100 hari berturut-turut baru-baru ini, lapor akhbar Mirror UK.

Sarah Robbins-Cole, 52, dari bandar Boston, negeri Massachusetts berkata, pemakaian baju sama setiap hari itu merupakan sebahagian daripada program cabaran 100 hari yang di­sertainya.

Kata Sarah, sepanjang cabaran itu, dia memakai sehelai gaun lengan panjang berwarna hitam yang sama setiap hari ketika bekerja, bersiar-siar dan berehat di rumah, malah semasa merayakan Hari Krismas bulan lalu.

“Saya seronok memakai baju sama walaupun saya rindu untuk memakai seluar denim dan berasa sedikit hangat apabila memakai gaun lengan panjang ketika cuaca panas.

“Memakai baju sama setiap hari menjimatkan masa dan memudahkan hidup saya,” katanya.

Kata Sarah, cabaran yang di­sertainya itu turut memerlukan peserta memuat naik gambar mereka memakai pakaian sama, namun dengan gaya berbeza setiap hari bagi memenangi wang tunai AS$100 (RM 404) dan baucar beli-belah.

“Perkara paling sukar dalam cabaran ini ialah memuat naik gambar saya memakai baju sama tapi dengan gaya baharu.

“Namun, ia memberikan saya inspirasi untuk tidak membeli pakaian dan aksesori baharu sepanjang tempoh 1 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022,” ujarnya.

Kira-kira 250 wanita menyertai cabaran 100 hari itu yang dianjurkan jenama pakaian Wool&. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI