fbpx

UiTM sedia 15,000 sukarelawan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan UiTM membantu membersihkan rumah mangsa banjir di sekitar Pahang hari ini.

SHAH ALAM – Seramai 15,000 sukarelawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersedia digerakkan untuk membantu mangsa banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Naib Canselor, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ir. Mohd Azraai Kassim berkata, mereka melibatkan warga dan alumni dari seluruh cawangan universiti di seluruh negara.

“Misi sukarelawan Pasca Banjir ini adalah susulan inisiatif UiTM Prihatin dengan memberikan khidmat pembersihan pasca banjir di institusi dan rumah yang dilanda banjir.

“Inisiatif ini secara langsung dapat meringankan beban mangsa banjir dan menunjukkan semangat kebersamaan serta kasih sayang terhadap mereka yang terkesan termasuk warga UiTM ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, jawatankuasa bencana di setiap kampus cawangan UiTM akan beroperasi selama 24 jam setiap hari dan bersedia menerima sebarangh maklumat dan menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh warga UiTM terlibat.

“Mereka boleh menghubungi Pegawai Kokurikulum Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ku Hadzrill Jeeffry Ku Hamzah di talian 03-5544 3590 atau [email protected],” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Azraai menjelaskan UiTM turut melancarkan Tabung Bencana Banjir dan sumbangan boleh dibuat menerusi Akaun Amanah Bank Islam bernombor 12177010005741.  -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI