fbpx

Helikopter hantar makanan ke Ulu Tembeling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekalan makanan dimasukkan ke dalam helikopter Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk dihantar ke Ulu Tembeling hari ini.

JERANTUT – Tiga buah helikopter digunakan untuk menghantar 1,160 bungkusan makanan ke kawasan pedalaman Ulu Tembeling, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, beliau yang mengetuai misi menghantar bantuan menggunakan dua buah helikopter milik Bomba dan Penyelamat Malaysia serta satu milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Kita amat prihatin dengan nasib penduduk di kawasan Ulu Tembeling yang terputus bekalan makanan ekoran banjir yang melanda daerah ini.

“Kita terputus hubungan dengan mereka kerana semua laluan tidak boleh digunakan akibat banjir dan hanya pengangkutan udara boleh sampai ke sana,” katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan Pegawai Daerah, Khairun Nissa Aris.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak bomba dan TUDM kerana memberi kerjasama untuk menghantar bekalan makanan kepada penduduk yang terputus hubungan.

“Saya harap bekalan makanan ini digunakan sebaik mungkin kerana kita tidak tahu bila banjir ini akan pulih sepenuhnya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyewa sebuah helikopter untuk menghantar bekalan makanan di Kampung Bukit Nikmat dan kawasan Tembeling Tengah semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI