fbpx

PKRC Maeps tidak penuh, 40 peratus masih kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKRC Maeps, Serdang. Gambar hiasan

ALOR GAJAH – Kerajaan menafikan video yang tular mendakwa Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (PKRC Maeps) sesak, sebaliknya masih mempunyai kapasiti 40 peratus untuk menempatkan pesakit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, video dimuat naik di media sosial tersebut menampakkan suasana ramai ekoran ia dirakamkan ketika pesakit sedang beratur bagi pendaftaran dan masih belum ditempatkan.

Jelasnya, setakat ini kapasiti PKRC itu hanya dipenuhi kira-kira 60 peratus pesakit terdiri daripada mereka yang tidak bergejala atau bergejala ringan, namun didapati positif Covid-19.

“Jika dilihat, rekaan PKRC itu bukanlah sebagai pusat klinikal tetapi ruang kita sediakan bagi mereka yang tidak bergejala tetapi didapati positif Covid-19.

“Berkenaan video tular, memanglah nampak ramai kerana apa yang dipaparkan adalah pesakit yang sedang beratur untuk mendaftar, tidak ada isu PKRC Maeps penuh kerana kapasiti digunakan hari ini hanya mencecah 60 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Khatan Perdana 5.0
“Etno-Sains Bertanjak” di Anggerik Malaysia di sini tadi.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 0.41 saat di media sosial sejak semalam memaparkan keadaan di PKRC Maeps sesak sehingga mencetuskan kebimbangan netizen.

Ujarnya, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan video itu tular disebabkan sifat segelintir pihak mengharapkan layanan atau tempat rawatan bertaraf kelas pertama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI