fbpx

Pesisir pantai Terengganu diramal dilanda Luruan Monsun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KEMAMAN – Pesisir pantai Terengganu diramal akan mengalami limpahan air laut berikutan fenomena Luruan Monsun selama tiga hari mulai esok.

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran itu yang membawa limpahan air laut terutamnya ketika fenomena air pasang besar.

“Fasa Luruan Monsun tersebut diramal akan membawa angin kencang dan laut bergelora kategori tiga di perairan Terengganu.

“Sepanjang tempoh tersebut, kita perlu berwaspada dengan kemugkinan berlaku lagi limpahan air laut terutama semasa air pasang besar,” katanya di sini hari ini.

Che Adam berkata, amaran angin kencang dan laut bergelora itu juga tidak selamat untuk sebarang aktiviti laut termasuk menangkap ikan.

Setakat ini, Terengganu masih dilanda banjir gelombang kelima yang masih menjejaskan
10,439 mangsa daripada 2,633 keluarga di tiga daerah iaitu Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI