JAKARTA – Sebuah penerbangan Sriwijaya Air yang dalam penerbangan di laluan Jakarta-Pontianak dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan empat minit selepas berlepas dari Bandara Soekarno-Hatta, Cengkareng.
Laporan awal mengatakan pesawat Sriwijaya Air itu terputus hubungan di sekitar Pulau Lancang, Kepulauan Seribu.
Jurucakap Kementerian Informasi, Adita Irawati mengesahkan perkara tersebut.
“Pesawat jenis Boeing B737-500 milik Sriwijaya Air yang berlepas dari Jakarta menuju ke Pontianak telah terputus hubungan.
“Hubungan terakhir dibuat pada pukul 2.40 petang (waktu tempatan),” kata Adita kepada Kompas.com, hari ini.
BACA >> Pesawat Sriwijaya Air dipercayai terhempas ke dalam laut
Adita berkata, ketika ini proses siasatan masih dijalankan dan pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT).
“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” kata Adita.
Berdasarkan maklumat sementara yang dikumpulkan oleh portal SINDOnews, pesawat itu membawa penumpang yang terdiri daripada 53 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan seorang bayi. – Agensi
Artikel berkaitan nahas Sriwijaya Air
BACA>> Beg mayat korban Sriwijaya Air tiba di Jakarta
BACA>> Boeing pantau nahas Sriwijaya Air
BACA>> Raja Salman ucap takziah
BACA>> Jaket keselamatan penumpang ditemui
BACA>> Menteri, Panglima TNI sertai operasi pencarian
BACA>> Cebisan daging dipercayai milik penumpang Sriwijaya Air dijumpai
BACA>> Presiden Jokowi arah pencarian diperhebat