fbpx

Nora Danish larang anak ada akaun Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora dan Rayqal.

PETALING JAYA – Pelakon jelita Nora Danish melarang sama sekali anak lelaki sulungnya, Putera Rayqal mempunyai akaun Instagram peribadi walaupun sudah menginjak usia 12 tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Nora berkongsi suasana majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak lelakinya itu baru-baru ini.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 39, dalam hantaran tersebut turut meluahkan rasa bangga dan mendoakan Rayqal menjadi anak yang soleh serta abang yang baik kepada adik-adik.

“Awak tidak dibenarkan mempunyai akaun Instagram walaupun pada umur sekarang ini ya,” tulis Nora pada ruangan kapsyen.

Rata-rata netizen dan pengikut memuji sikap tegas yang ditunjukkan Nora dalam soal mendidik dan mengawal gerak-geri anaknya itu.

Selain ahli keluarga terdekat, majlis ulang tahun tersebut turut dihadiri bekas suami Nora, Jejai iaitu bapa kandung Rayqal.

Terdahulu, Nora berkahwin dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan bercerai dua tahun selepas itu iaitu pada 10 Julai 2008. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI