fbpx

MCMC kesan 227 kes gangguan spektrum tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Sebanyak 227 kes gangguan spektrum yang melibatkan penggunaan booster atau Repeater Selular (CBR) yang tidak mematuhi piawaian dikesan sepanjang tahun lalu.

CBR ialah alatan rangkaian mudah alih yang menambah kekuatan isyarat daripada stesen pemancar dan juga peranti mudah alih.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)  dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu didapati meningkat setiap tahun di mana sebelum ini sebanyak 131 kes dilaporkan pada tahun 2019 diikuti 76 kes pada 2018, 14 (2017) dan dua (2016).

“MCMC mengesan peningkatan kes gangguan spektrum melibatkan penggunaan booster atau CBR yang tidak mematuhi piawaian.

“Penggunaan alatan CBR oleh orang ramai dan syarikat penyedia perkhidmatan secara berleluasa dan tidak teratur akan menyebabkan gangguan terhadap kualiti rangkaian selular dan jalur lebar mudah alih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MCMC berkata , bagi membendung masalah itu, pihaknya mengeluarkan Garis Panduan
Pembelian, Penggunaan dan Pemilikan Booster atau Repeater Selular yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI