fbpx

Mayat rentung ditemui dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran melibatkan sebuah rumah di Peringkat 3, Felda Sendayan, dekat sini, awal pagi tadi.

SEREMBAN – Mayat dipercayai seorang lelaki berusia lingkungan 40an ditemui dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Peringkat 3, Felda Sendayan, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan 17 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 1.23 pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba Seremban 2, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Asree Abd Hamid, kebakaran membabitkan sebuah rumah separuh kekal setingkat yang dianggarkan musnah terbakar sebanyak 90 peratus.

“Bomba mendapat maklumat daripada salah seorang penyewa rumah warganegara Indonesia yang menyatakan terdapat seorang penyewa tempatan berumur 40an berada di dalam bilik hadapan tingkat atas rumah tersebut.

“Mangsa telah ditemui dalam keadaan terbakar di ruang bawah rumah, tertimbus dengan runtuhan lantai kayu tingkat atas rumah tersebut kira-kira 2.40 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Asree berkata, kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 2.50 pagi dan mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, kediaman berkenaan telah disewakan kepada dua buah keluarga seramai lima orang warganegara Indonesia yang kesemuanya selamat dalam kebakaran berkenaan.

“Manakala, mangsa pula baru menyewa bilik rumah tersebut dan semua butiran diri tidak diperolehi dipercayai terbakar dalam kejadian ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI