fbpx

Mayat lelaki tanpa dokumen diri ditemui hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa naik mayat lelaki yang hanyut dibawa arus di Sungai Kinta sebelum diserahkan kepada pihak polis.

BATU GAJAH – Mayat lelaki India ditemui orang awam dihanyutkan arus sungai dalam kejadian berhampiran Kampung Pisang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam kira-kira pukul 11.15 pagi sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Beliau berkata, polis kemudian meminta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah untuk menaikkan mayat berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki India itu hanya memakai seluar pendek warna hitam bercorak dan dianggarkan berusia lingkungan 40an,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Adnan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada bahagian badan mangsa iaitu di bahagian kaki, tangan dan kepala.

Katanya, ujian swab Covid-19 sudah dijalankan ke atas mangsa dan keputusan dijangka diketahui Isnin ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI