IPOH – Mangsa banjir di Ipoh mencatatkan sedikit penurunan apabila seramai 133 penduduk daripada 36 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat penempatan sementara (PPS) di tiga daerah berbanding 145 petang semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Perak berkata, seramai 108 penduduk masih ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Hilir Perak.
“Di Hulu Perak kekal 16 mangsa masih kekal ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Perah makanala di Perak Tengah pula sembilan mangsa masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung Aur, Bota Kiri,” katanya.