fbpx

[KEMASKINI] Presiden Jokowi arahkan operasi pencarian pesawat Sriwijaya Air diperhebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budi melakukan tinjauan di sebuah pangkalan Direktorat Pengangkutan Awam Laut (KPLP) di Tanjung Priok di Jakarta pada 1 Januari lalu. - Kementerian Pengangkutan Indonesia

JAKARTA – Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi menyatakan bahawa Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah mengarahkannya untuk memaksimumkan usaha pencarian pesawat Sriwijaya Air SJ-182 yang dilaporkan terhempas petang tadi, lapor portal berita Liputan6.com.

Buat masa ini, sejumlah kapal laut telah dikerah ke lokasi yang mana pesawat penerbangan tambang murah terputus hubungan dengan menara kawalan ketika berada di antara Pulau Lancang dan Pulau Laki, Kepulauan Seribu.

“Tuan Presiden memberi arahan untuk memaksimumkan usaha pencarian dan sudah tentu (empat buah) kapal Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) serta tiga bot getah dikerah keluar.

“Ada kapal Tentera Laut Indonesia sedia di lokasi pencarian,” kata Budi pada satu sidang akhbar tadi.

Beliau turut menyatakan bimbang dengan nasib menimpa Sriwijaya Air SJ-182 dan berharap operasi pencarian berjalan lancar.

BACA >> Cebisan daging dipercayai milik penumpang Sriwijaya Air ditemui di laut

“Mohon doa dan restu dari semua masyarakat supaya proses mencari dan menyelamat berjalan lancar,” jelasnya.

Beliau menyatakan pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta selepas empat minit berlepas dan disahkan terputus hubungan pada pukul 2.40 petang (waktu tempatan).

Mengulas lebih lanjut, Budi memberitahu pesawat berlepas dari Bandar Soekarno Hatta pada pukul 2.36 ​​petang. Pada 2.37 petang, pesawat dibenarkan untuk meningkat ketinggian ke 29,000 kaki (8,839.2 meter).

“Tidak lama kemudian, dalam beberapa saat, SJY-182 hilang dari radar,” jelasnya.

Sriwijaya Air membawa seramai 50 penumpang terdiri daripada 40 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi. Selain itu, pesawat sama membawa 12 anak kapal.

Basarnas masih berusaha mencari punca nahas membabitkan pesawat Sriwijaya Air. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI