fbpx

Isteri maut, suami cedera parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba cuba mengangkat Mohd. Hashim yang cedera parah di dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebatang pokok di Jalan Senawang berdekatan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), Senawang hari ini.- Foto Ihsan Bomba

SEREMBAN – Seorang wanita maut selepas motorsikal jenis Yamaha YZ150 yang diboncengnya bersama suami terbabas selepas melanggar sebatang pokok di Jalan Senawang berdekatan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang tadi, mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Hidayah Mohd. Jalan, 36, dikatakan dalam perjalanan bersama suaminya, Mohd. Hashim Abdul Rahman menziarah ibu mertuanya yang meninggal dunia di Kuala Pilah.

Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 1.40 petang dan tiba dilokasi enam minit kemudian.

“Pihak bomba tiba dilokasi kejadian dan mendapati mangsa maut ditempat kejadian manakala suaminya yang juga seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera parah akibat jatuh ke dalam longkang berdekatan lokasi kejadian.

“Pasangan suami isteri tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, Mohd. Hashim dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan yang masuk ke simpang kiri tanpa memberi isyarat.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba Senawang bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke tempat kejadian.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis yang kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk urusan selanjutnya,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI