fbpx

Ford Ranger tenggelam ketika cuba redah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KEMAMAN – Sepasang suami isteri dan abangnya berdepan detik cemas apabila terperangkap hampir 30 minit di atas bumbung kenderaan pacuan empat roda, Ford Rangers yang dihanyutkan arus banjir di Kampung Batu 10 berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, kesemua mangsa berusia 20-an hingga 40-an diselamatkan sepasukan anggota bomba.

Salah seorang mangsa yang tidak enggan dikenali berkata, kesemua mereka dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Kampung Mak Chili untuk pulang membersihkan rumah mereka yang terjejas banjir sebelum ini.

“Kami ambil keputusan pulang ke rumah dimaklumkan banjir mulai surut. Begitupun, sebaik tiba di jalan terlibat, air masih ada.

“Enjin kenderaan kami naiki tiba-tiba mati ketika cuba meredah jalan yang ditenggelami air itu. Saya sempat buka cermin tingkap kenderaan sebelum kami semua menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supritenden Hanyan Ramlan berkata, laluan yang dilalui ketiga-tiga mangsa sebenarnya masih ditutup untuk semua kenderaan.

“Tindakan mereka tetap mengharung jalan yang masih ditenggelami banjir itu menyebabkan kenderaan pacuan empat roda, Ford Rangers itu rosak dan tenggelam.

“Mujur kesemua mangsa yang sempat memanjat bumbung kenderaan dapat diselamatkan sepasukan anggota bomba yang mengambil masa 15 minit untuk melakukan operasi menyelamat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI