fbpx

Enam sekeluarga ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh suspek dalam dua serbuan berasingan di Kampung Sembulan ditahan reman bermula semalam bagi membantu siasatan lanjut

KOTA KINABALU – Enam sekeluarga ditahan selepas didapati melakukan pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sembulan di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari itu, enam individu berkenaan membabitkan pasangan suami isteri, dua anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan serta suaminya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, semua suspek ditahan adalah warga tempatan berumur antara 20 hingga 66 tahun.

“Enam paket syabu seberat 67.80 gram yang disembunyikan di bawah pecahan jubin di rumah mereka turut ditemui.

“Siasatan lanjut juga mendapati dua antara suspek ditahan memiliki rekod jenayah lampau mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Selain itu, dua lagi suspek didapati positif dadah manakala selebihnya negatif,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, Habibi berkata, menerusi serbuan berasingan di kawasan flat perumahan Kampung Sembulan Tengah pada hari sama berjaya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun.

Menurut Habibi, pemeriksaan kereta Toyota Vios milik suspek berjaya menemukan tiga paket syabu seberat 150.36 gram yang disembunyikan di dalam bonet belakang dalam penahanan sekitar pukul 7.35 malam itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI