fbpx

93 mangsa masih di PPS di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Kampung Chikus, Hilir Perak membersihkan kawasan kediaman yang ditenggelami air akibat banjir kelmarin.

IPOH – Mangsa banjir di Ipoh terus mencatatkan penurunan apabila seramai 93 penduduk daripada 24 keluarga masih ditempatkan di dua PPS petang ini berbanding 133 mangsa pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Perak berkata, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tanjong Aur, Bota Kiri di daerah Perak Tengah ditutup pada pukul 1 tengah hari tadi.

“Kini hanya dua PPS di dua daerah masih aktif iaitu di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Hilir Perak melibatkan 77 orang manakala di Hulu Perak kekal 16 mangsa masih kekal ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Perah,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI