fbpx

Bayi meninggal di rumah pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 9, Putrajaya semalam. Foto Ihsan PDRM

PUTRAJAYA – Seorang bayi lelaki berusia kira-kira empat bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 9, di sini dalam satu kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, pihaknya menerima laporan pukul 8.45 malam tadi dan siasatan awal mendapati, bayi itu di bawah jagaan seorang pengasuh wanita berusia 48 tahun yang menjaganya kira-kira dua minggu.

Menurutnya, pengasuh tersebut memaklumkan bayi itu mengalami demam dan selesema semasa dihantar ke rumahnya.

“Apabila bayi tersebut tidak bangun dari tidur ketika dikejutkan, pengasuhnya terus menghubungi ibu bayi dan pihak hospital.

“Mayat bayi dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat manakala, hasil ujian saringan Covid-19 ke atas bayi tersebut adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada kesan pada luaran bayi tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan keputusan bedah siasat diperolehi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN