fbpx

10 bayi maut dalam kebakaran hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan wad kanak-kanak Hospital Awam Daerah Bhandara yang terbakar awal pagi tadi. - INDIA TODAY

NEW DELHI – Seramai 10 orang bayi meninggal dunia dalam satu kejadian kebakaran di wad kanak-kanak Hospital Awam Daerah Bhandara, negeri Maharashtra, India awal pagi tadi.

Seorang doktor, Pramod Khandate berkata, kesemua bayi yang meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pada pukul 2 pagi itu berusia antara beberapa hari hingga tiga bulan.

“Kakitangan hospital berjaya menyelamatkan tujuh bayi yang ditempatkan di unit bersalin hospital tetapi tidak sempat membawa keluar 10 yang lain.

“Punca kebakaran belum diketahui, tetapi kakitangan hospital berjaya memadamkan kebakaran secepat mungkin. Asap kebakaran dipercayai menyebabkan bayi lemas,” katanya kepada AFP.

Sebelum kejadian, jururawat bertugas terlihat ada kebakaran di unit neonatal sebelum memaklumkan perkara itu kepada kakitangan lain.

Pasukan bomba berjaya kawal kebakaran daripada merebak dan memindahkan pesakit ke tempat selamat.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi dilaporkan turut menciap insiden berkenaan di laman Twitter beliau.

“Tragedi yang meruntun hati berlaku di Bhandara, Maharashtra dan mengorbankan nyawa anak-anak kecil,” tulisnya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa mengarahkan siasatan segera berhubung kes kebakaran itu.

Pada tahun 2011, lebih 90 orang meninggal dunia selepas hospital di Kolkata terbakar, manakala kebakaran di sebuah hospital di Ahmedabad Ogos tahun lalu mengakibatkan lapan pesakit Covid-19 terkorban. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI