fbpx

Wanita pekerja khidmat pelanggan hilang RM18,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seorang wanita pekerja khidmat pelanggan sebuah restoran makanan segera ‘gigit jari’ selepas kerugian RM18,600 akibat ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai dari Pos Malaysia dan polis, kelmarin.

Mangsa berusia 28 tahun diperdayakan melalui panggilan telefon oleh individu yang mendakwa wanita itu terlibat kes pengubahan wang haram dan dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden E. Sundra Rajan berkata, mangsa dihubungi suspek menyamar dari Pos Malaysia mengatakan terdapat bungkusan diterima daripada wanita itu yang tidak boleh dihantar ekoran mengandungi kad pengenalan diri dan kad bank.

Katanya, mangsa telah menafikan perkara tersebut, namun panggilan itu kononnya disambungkan pula ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban dan dijawab seorang individu menyamar sebagai pegawai polis.

“Individu tersebut kemudiannya memaklumkan mangsa terlibat dengan kes dadah dan pengubahan wang haram selain terdapat waran untuk menangkapnya.

“Mangsa yang takut telah mengikut arahan suspek untuk menyelesaikan kes itu dengan membuat empat transaksi wang ke dalam akaun berbeza berjumlah RMRM18,600,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa bagaimanapun menyedari dirinya ditipu apabila suspek masih lagi meminta wang dan terus membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

“Kita menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika menerima panggilan daripada individu tidak dikenali mendakwa pegawai polis atau mana-mana agensi kerajaan yang lain,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI