fbpx

TNB sumbang RM250,000 untuk banjir Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHDZIR Khalid (dua dari kanan) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika melawat Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.

PETALING JAYA- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyumbangkan sebanyak RM250,000 kepada kerajaan Pahang bagi membantu mangsa banjir negeri itu.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika melawat Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.

Sementara itu, bercakap mengenai situasi banjir di Pahang, Mahdzir berkata, TNB menutup sejumlah 306 pencawang elektrik di negeri itu sejak bencana banjir melanda.

Menurutnya, Temerloh merupakan daerah paling terjejas teruk dengan mencatatkan jumlah penutupan paling tinggi iaitu 65 pencawang.

”TNB berusaha untuk memperbaiki ataupun mendapatkan semula bekalan elektrik di semua kawasan di semua daerah yang terlibat dengan banjir ini.

“Kami telah berusaha untuk buka dalam tempoh tiga hingga empat hari sudah. TNB sedang berusaha dan sekarang ini hanya berbaki 106 di negeri Pahang”, katanya.

Katanya, tindakan menutup pencawang bagi memastikan keselamatan pengguna dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“TNB juga mengambil langkah tambahan dengan membekalkan set generator ke kawasan-kawasan terjejas banjir termasuk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Setakat ini, kami telah membekalkan sebanyak lapan genset besar dan tempat untuk pembekalan sementara elektrik dengan membekalkan genset-genset kecil ,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI