PETALING JAYA – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Cawangan Perisikan dan dan Siasatan Khas Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berjaya menahan tiga orang lelaki Cina dalam Ops Asap di dua lokasi berbeza semalam.
Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Azri Ahmad berkata, tiga lelaki Cina warganegara tempatan itu ditahan di dua kawasan Bukit mertajam dan Nibong Tebal, Pulau Pinang atas satu sindeket pengedaran rokok suludup yang bergerak aktif di sekitar kawasan utara.
“Bertindak atas maklumat awam, tiga lelaki Cina berumur antara 34 hingga 47 tahun itu ditahan bersama 1,770,000 batang rokok pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai dan empat buah van telah dirampas.
“Keseluruhan barang rampasan tersebut bernilai RM 1,369,000.00,” ujarnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Azri,kesemua suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang selama empat hari bermula hari ini sehingga 11 Januari 2021.
“Penahanan tersebut di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk sisatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” jelasnya. -K! ONLINE