fbpx

Perniagaan di Rantau Panjang tutup lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekan Rantau Panjang hari ini masih lagi ditenggelami banjir susulan limpahan air Sungai Golok.

RANTAU PANJANG – Peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang dijangka bercuti sekurang-kurang lima hari selepas kawasan itu ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Golok sejak kelmarin.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Persatuan Perniagaan Melayu Rantau Panjang, Ramli Abdullah.

Ramli berkata, air mula melimpah masuk ke kawasan zon bebas cukai itu sejak petang Rabu.

“Melihat kepada situasi semasa, kami menjangkakan para peniaga akan bercuti sekurang-kurangnya selama lima hari,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Tinjuan Kosmo! hari ini mendapati kawasan Pekan Rantau Panjang masih lagi lumpuh selepas ditenggelami banjir.

Laluan masuk ke kawasan itu masih lagi ditutup kepada kenderaan ringan meskipun air sudah mulai surut.

Bagaimanapun, perahu masih menjadi pengangkutan utama penduduk untuk berulang alik mendapatkan bekalan makanan.

Sementara itu, paras terkini air Sungai Golok mengikut laporan portal ebanjir.kelantan.gov.my menunjukkan penurunan berbanding semalam.

Paras terkini setakat pukul 1 tengah hari 10.6 meter iaitu masih melepasi tanda amaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI