fbpx

Penjaja jalanan di PD dikenakan tindakan sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKUMPULAN penjaja mangga asam boi di persimpangan lampu isyarat di berhampiran Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dikenakan sitaan barang jualan oleh penguat kuasa MPPD semalam.

PORT DICKSON- Beberapa penjaja di lokasi lampu isyarat berhampiran Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dikenakan sitaan barang jualan oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, tindakan itu diambil pihaknya selepas menerima aduan berterusan daripada orang ramai yang bimbang tindakan menjaja di lokasi tersebut boleh mengundang perkara-perkara tidak diingini termasuk kemalangan.

“Kami telah memberikan menasihat supaya mereka berniaga di tempat yang dibenarkan. Masalah sama berlaku di banyak tempat lain di seluruh negara.

“MPPD telah menerima aduan berterusan daripada orang ramai dan perbuatan menjaja seperti ini boleh mengundang kecelakaan jalan raya” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, terdapat pengguna jalan raya yang mengadu tidak selesa dengan keadaan tersebut dan memohon tindakan perlu diambil ke atas mereka sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

“Sebelum ini, kami telah memberi amaran tetapi masih berdegil dan kami telah menyita barangan mereka serta memberi nasihat agar berniaga di kawasan yang tidak mengganggu pengguna jalan raya,” katanya.

Dalam pada itu, MPPD turut menasihatkan kepada semua peniaga agar tidak membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain dengan berniaga di persimpangan lampu isyarat di jalan raya.

“Kami akan terus mengambil tindakan tegas sekiranya mereka masih berniaga dilokasi lampu isyarat berkenaan,” katanya. -K! ONLINe

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI