fbpx

Operator kilang maut ketika buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Seorang operator kilang maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora ketika membuat pusingan U di Persiaran Jubli Perak di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.21 malam, Nik Muhamad Faris Mohd. Hilmi, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z dari arah Bulatan Andalas hendak membuat pusingan U di kawasan yang dibenarkan.

“Kenderaan Proton Exora yang dipandu seorang wanita berusia 24 tahun yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian kiri hadapan motosikal mangsa.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI