fbpx

Neitzel positif dengan bintang baharu Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEITZEL sedang meneliti tujuh perlawanan persahabatan pramusim buat Gergasi Merah sebelum aksi sepak mula Liga M berlangsung pada 28 Februari depan.

KETUA jurulatih skuad Sela­ngor, Karsten Neitzel berpuas hati dengan komitmen yang dipamerkan oleh bintang baharu Gergasi Merah pada kem latihan pramusim yang bermula minggu ini.

Sebagai rekod, empat pemain baharu yang ditandatangani ­Selangor pada jendela perpindahan kali ini iaitu Shahrel Fikri Md. Fauzi, Tim Heubach, R. Dinesh dan Nik Sharif Haseefy telah melaporkan diri bersama skuad utama sejak Isnin lepas.

Kata Neitzel, barisan pemain menunjukkan kualiti yang memuaskan dan kini beliau sedang merencanakan aksi persahabatan pramusim sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga M) berlangsung 28 Februari depan.

“Kesemua pemain baharu kami menunjukkan sikap bagus dan mereka memberi komitmen penuh terhadap program latihan yang telah kami tetapkan.

“Saya harap pemain akan mencapai tahap terbaik dan berlatih dengan tanpa sebarang kecederaan yang mungkin boleh menjejaskan perancangan.

“Apa yang pasti, saya sedang meneliti tujuh perlawanan persahabatan pramusim yang akan diadakan sebelum aksi sepak mula Liga M dilangsungkan pada ­penghujung bulan depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam perkembangan sama, Heubach yang beraksi di posisi pertahanan mengakui sangat teruja apabila dapat kembali bermain bola sepak setelah sekian lama berehat daripada cuti sebelum pramusim.

“Setiap pemain harus segera mendapatkan momentum terutama dalam mencapai tahap kecergasan seperti diharapkan. Ini hanya permulaan, banyak lagi yang akan kami tempuhi,” kata pemain kelahiran Jerman itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI