IPOH – Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah di Perak walaupun terus mencatatkan penurunan angka pada petang ini iaitu 145 mangsa daripada 39 keluarga berbanding 335 orang pagi tadi.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Perak berkata, mangsa banjir di Perak paling ramai iaitu 120 penduduk yang masih ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.
“Di Hulu Perak kekal 16 mangsa masih kekal ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Perah makanala di Perak Tengah pula sembilan mangsa masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung Aur, Bota Kiri,” katanya. -K! ONLINE