fbpx

Kes kembali 2,000, 16 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes harian kembali kepada angka 2,000 dengan 2,643 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 131,108 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 25,140 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 2,641 kes adalah penularan tempatan manakala, dua kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kes sembuh merekodkan sebanyak 2,708 kes dan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 105,431 kes.
“Sebanyak 16 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 537 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 170 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 82 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI