fbpx

Keputusan peguam terbabit penggubahan wang haram ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keh Keong, 48, yang didakwa atas lapan pertuduhan penggubahan wang haram. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini menunda keputusan akhir pembelaan yang sepatutnya berlangsung hari ini terhadap seorang peguam yang didakwa atas lapan pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.

Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali memutuskan demikian bagi meneliti semula beberapa perkara yang perlu diperjelaskan sebelum menjatuhkan hukuman.

Yang Zaimey menegaskan ini berikutan nilai pertuduhan yang dihadapi tertuduh, Ong Keh Keong,48, melebihi RM5juta berbanding penipuan harga tanah sebelum ini iaitu lebih RM2.25juta

“Kes juga terjadi 2012 sehingga April 2014 dengan pindaan terhadap Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dipinda pada November 2014.

“Ini bagi memastikan satu keputusan adil dapat dilakukan,” jelasnya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Januari depan sebagai tarikh penyerahan hujahan bertulis bagi pihak pendakwaan dan pembelaan.

Keh Keong mula didakwa pada 2015 lalu atas dua pertuduhan mendepositkan dua keping cek HSBC Bank Malaysia Bhd. berjumlah RM2.35 juta milik Ong Partnership ke dalam akaun Standard Chartered Bank miliknya dan satu pertuduhan mendepositkan cek Standard Chartered Bank berjumlah RM1.5 juta daripada akaunnya ke dalam akaun Public Investment Bank Bhd.

Peguam itu menghadapi empat pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM2.65 juta dari akaun Standard Chartered Bank Bhd. miliknya ke dalam satu lagi akaun bank sama miliknya.

Selain itu, tertuduh turut didakwa atas satu lagi pertuduhan memiliki wang berjumlah RM51,795.05 di dalam akaun miliknya.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Standard Chartered Bank Berhad, Cawangan No. 18, 20 & 22, Jalan SS21/39, Damansara Utama, Petaling Jaya, antara 18 Julai 2012 hingga 24 April 2014.

Bagi kesemua pertuduhan, Ong didakwa mengikut SubSeksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Farid Ahmad Kamal dan tertuduh diwakili Peguam S. Surendran. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI