fbpx

Kahwin tak jadi, Lia Natalia rugi RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lia Natalia

PETALING JAYA – Pelakon Lia Natalia mendedahkan kewujudan orang ketiga menjadi punca perpisahan dirinya de­ngan seorang jejaka yang dikenali sejak setahun lalu.

Lia Natalia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, 29, berkata, ia juga menjadi penyebab majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada Disember lalu dibatalkan.

“Apa yang saya boleh katakan kewujudan orang ketiga menjadi punca segala-galanya.

“Bukan sekali, malah sudah beberapa kali dia curang di belakang saya. Peluang sudah diberi, tapi sampai bila,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui selepas sesi pra tonton drama pendek A.I In Love semalam.

Menurut pelakon yang po­pular menerusi drama Bukan Wanita Biasa itu, dia serik untuk mempercayai mana-mana lelaki apatah lagi menjalinkan hubungan cinta selepas apa yang berlaku.

Menurutnya, dia juga terpaksa menanggung kos kerugian hampir RM50,000 me­rangkumi tempahan lokasi, hantaran, tiket penerba­ngan dan penggambaran pra-perkahwinan yang diadakan di Langkawi, Kedah September lalu.

Ujar gadis kelahiran Tawau, Sabah itu, sempena tahun baru ini, dia kini tidak mahu memikirkan soal cinta dan jodoh malah ingin memberi fokus 100 peratus terhadap karier seni.

Dalam perkembangan lain, Lia Natalia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran bagi drama Diva Popular arahan Erma Fatima yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI