PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM1.84 seliter manakala harga petrol RON97 kekal paras RM2.14 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 15 Januari depan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit diesel pula naik satu sen kepada RM2.02 seliter berbanding RM2.01 seliter sebelum ini.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – K! ONLINE