SELEPAS sah bercerai dengan aktor, Ahn Jae-hyun pada tahun lalu, kini aktres Gu Hye-sun memberi gambaran seolah-olah sudah memiliki kekasih baharu.
Perkara tersebut dikesan sewaktu program televisyen Face ID, dia ada menghubungi pembantu pengarah bagi berbincang mengenai projek filem yang akan datang.
Semasa perbualan, tidak semena-mena pembantu pengarah ada bertanya, adakah pelakon tersebut kini sedang dilamun cinta.
Mengejutkan, Hye-sun kemudiannya tertawa dan mengatakan bahawa dia sudah sebulan tidak berjumpa dengan seseorang yang istimewa dalam hidupnya.
Jelas Hye-sun lagi, mereka pertama kali berjumpa sejak tiga bulan lalu dan hanya berjumpa sebulan sekali disebabkan jadual seni yang padat.
Aktres berumur 36 tahun itu mendedahkan bahawa dia kini mempunyai senarai nama yang akan diundang ke majlis perkahwinannya kelak.