fbpx

Eriksen sudah boleh kemas beg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN sudah tidak ada dalam perancangan Conte dan dibenarkan untuk mencari pasukan baharu pada jendela perpindahan kali ini. – AFP

MILAN – Ketua jurulatih Inter Milan, Antonio Conte menegaskan, Christian Eriksen perlu menggunakan peluang jendela perpindahan bulan ini dengan mencari pasukan baharu kerana dia sudah tiada masa depan bersama jaguh Itali itu.

Eriksen, 28, tiada dalam pe­rancangan Conte selain bergelut untuk menampilkan prestasi terbaiknya sejak berhijrah daripada Tottenham Hotspur dengan kontrak empat tahun menerusi yuran perpindahan bernilai €20 juta (RM98.88 juta) pada Januari tahun lalu.

Ia terbukti apabila kapten skuad antarabangsa Denmark itu sekadar diberikan peluang bermain sebanyak 12 perlawanan sebagai pemain simpanan musim ini termasuk ketika tewas 1-2 kepada Sampdoria pada aksi Serie A awal pagi semalam.

Difahamkan, Eriksen berkemungkinan besar berkelana ke Perancis menyertai bekas pengurusnya, Mauricio Pochettino yang dilantik sebagai ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) minggu lalu.

Ia berdasarkan kenyataan Pochettino sebelum ini apabila mendedahkan keinginannya untuk menyelamatkan karier Eriksen yang merupakan salah seorang pemain kegemaran beliau sepanjang lima tahun mengendalikan Spurs dari 2014 hingga 2019.

Selain PSG, tiga pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Everton dan Wolverhampton Wanderers turut menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain tengah itu.

Ketiga-tiga kelab England itu dilaporkan mempunyai kemampuan untuk membayar gaji Eriksen berjumlah £120,000 (RM654,477) seminggu sama ada secara pinjaman sehingga akhir musim ini ataupun mendapatkan khidmatnya secara kekal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI