fbpx

Enam bulan tempoh baiki Jalan Gua Musang-Lojing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIK Choon Foo(kiri) meninjau jalan di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing yang terputus susulan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur.

GUA MUSANG – Laluan di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing di sini yang mengalami kerosakan dalam kejadian tanah runtuh pada Ahad lalu mengambil masa lebih enam bulan untuk dibaik pulih kerana terdapat struktur jalan terputus.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati bongkah batu dan sisa kayu akibat aliran banjir lumpur masih memenuhi permukaan jalan raya sepanjang dua kilometer.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, usaha pembersihan dan baik pulih kerosakan laluan sedang giat dilakukan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, sebagai perhubungan sementara, JKR telah menyiapkan dahulu satu daripada dua lorong jalan itu.

“Ini bagi membolehkan pengguna jalan dari Gua Musang untuk ke Cameron Highlands, Pahang, dan Ipoh, Perak.

“Proses baik pulih jalan sedang giat dilakukan dan ia dijangka siap dalam masa terdekat. Kita melihat satu laluan terputus dan berlaku kerosakan teruk mengambil masa lama untuk disiapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kerja pembaikian jalan di Tanah Tinggi Lojing, di sini hari ini.

Choon Foo berkata, punca kejadian tanah runtuh itu juga masih dalam siasatan dan orang ramai tidak digalakkan untuk menggunakan laluan Lojing terutamanya pada musim hujan kerana bimbang kejadian tidak diingini.

Katanya, meskipun ada jalan alternatif untuk ke Cameron Highlands atau Ipoh melalui jalan lama kampung Orang Asli, namun laluan itu tetap berisiko.

“Kita berharap pengguna jalan raya melalui Jalan Sungai Koyan ke Cameron Highlands dan terus ke Simpang Pulai, Perak untuk ke Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Jalan itu boleh melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis sebelum memasuki Jalan Sungai Koyan yang lebih selesa dan selamat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI