fbpx

City handal tundukkan ego United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY melangkah ke pentas perlawanan akhir Piala Liga Inggeris buat kali keempat berturut-turut selepas mengecewakan United di separuh akhir awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Manchester City memburu gelaran keempat Piala Liga Inggeris (EFL) apabila mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas menundukkan seteru setempat, Manchester United 2-0 awal pagi semalam.

Pengurus City, Pep Guardiola mengakui bahawa EFL bukanlah Liga Juara-Juara, namun empat kali mara ke pentas final aksi berkenaan adalah satu penca­paian yang menakjubkan.

Dua gol menerusi jaringan John Stones dan Fernandinho menyaksikan mereka berjaya meraih slot untuk aksi menentang Tottenham Hotspurs di Wembley pada April nanti.

City menjadi pasukan kedua melakukan pencapaian tersebut selepas Liverpool melakukannya pada saingan musim 1981 hingga 1984.

“Apabila pasukan mempunyai mentaliti seperti apa yang ditunjukkan pada aksi kali ini, kami mampu untuk meraih kejayaan yang lebih hebat.

“Saya tahu EFL bukanlah Liga Juara-Juara tetapi empat kali ke pentas final adalah satu pencapaian yang mampu dibanggakan. Saya sangat teruja dengan kualiti yang dipamerkan oleh para pemain,” ujarnya

City memulakan musim dengan aksi yang agak goyah, namun kemenangan awal pagi semalam menyaksikan mereka berjaya meraih lima kemenangan berturut-turut setakat ini.

“Ia adalah mengenai konsisten. Kami tidak mengharungi pramusim yang sempurna sebab itulah kami memerlukan sedikit tempoh untuk benar-benar bersedia.

“Kami akan melakukan persiapan sebaik mungkin untuk berdepan aksi final. Tottenham adalah pasukan yang baik tetapi kami tidak mahu memikirkannya lagi setakat ini,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI