fbpx

Chiesa senjata rahsia Pirlo jinakkan Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIESA (kanan) telah menjaringkan tujuh gol selain mencipta lapan peluang jaringan bersama Juventus pada musim ini. – AFP

MILAN – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo membuat keputusan tepat menurunkan Fe­derico Chiesa dalam kese­belasan utama sewaktu mencatat kemenangan 3-1 ke atas AC Milan pada aksi Serie A di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Kehadiran Chiesa, 23, telah menghasilkan impak besar buat Juventus kerana kelincahan pemain sayap itu berjaya membuatkan pemain pertahanan Milan, Theo Hernandez ‘berpeluh’ mengekang kelincahannya sepanjang perlawanan tersebut.

Lebih menarik, pemain yang dipinjam daripada Fiorentina itu berjaya muncul wira The Old Lady selepas meledak dua gol dalam aksi tersebut masing-­­ma­sing pada minit ke-18 serta 62.

“Saya menurunkan Chiesa kerana mahu memberikan tekanan kepada Hernandez supaya dia jarang mendapat peluang melakukan larian overlap. Dia juga perlu berdepan situasi satu lawan satu dengan Chiesa.

“Inilah salah satu sebab utama kami mengambil khidmat Chiesa kerana dia mampu memainkan peranan penting menerusi kelincahan dan ketepatan percubaannya apabila di hadapan gawang lawan,” kata Pirlo.

Satu lagi gol Juventus dalam perlawanan itu diperoleh menerusi Weston McKennie pada minit ke-76, manakala Davide Calabria menghadiahkan jari­ngan tunggal buat Milan.

Kemenangan itu bukan sahaja meleburkan rekod tanpa kalah Milan tetapi melonjakkan semula Juventus ke dalam kelompok empat teratas liga selepas 16 perlawanan setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI