fbpx

Carsome Academy tawar pendidikan teknikal, peluang kerjaya kepada belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, menubuhkan institusi teknikalnya yang pertama di Malaysia, Carsome Academy.

Pengasas Bersama Carsome dan Pengarah Carsome Academy Teoh Jiun Ee berkata, institusi tersebut akan menawarkan pendidikan teknikal dan peluang kerjaya yang terjamin untuk golongan belia di Malaysia.

Menurutnya, Pusat latihan Sistem Latihan Dual Nasio­nal (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia itu akan menawarkan program latihan ber­­o­­rientasikan industri yang menggabungkan latihan di institusi dan di tempat kerja.

“Pelajar akan menjalani 30 peratus pengajian berasaskan ­teori di Carsome Academy, diikuti oleh 70 peratus latihan industri di mana-mana Pusat Pemeriksaan Carsome di Malaysia.

“Carsome Academy juga memberi jaminan bahawa graduan akan mendapat pekerjaan di Carsome.

“Kami ingin membangunkan tenaga kerja teknikal yang berusaha untuk mencapai standard profesionalisme dan etika yang terbaik bagi memajukan industri kereta terpakai di Asia Tenggara.

“Kami juga akan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Jiun Ee menjelaskan, sebagai platform e-dagang kereta bersepadu pertama yang menyediakan kursus dan pensijilan kemahiran, Carsome Academy komited untuk membangunkan tenaga kerja yang mampan dalam industri automotif.

“Ini akan dapat dicapai menerusi latihan industri selama 1,840 jam untuk membina kemahiran teknikal dan mengu­kuhkan keupayaan penuntut,” ujarnya.

Pada ketika ini, Carsome Academy menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (Kelayakan Jalan) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta industri teknikal.

Institusi tersebut akan mula menerima kemasukan pelajar pada Februari 2021.

Pendaftaran kini dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur bawah 30 tahun yang mempunyai kelulusan minimum dalam Sistem Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Kos bagi kursus selama setahun ini adalah RM8,000 dan boleh dikembalikan sepenuh­nya setelah lulus memenuhi tempoh pekerjaan dengan Carsome.

Pinjaman pendidikan juga disediakan bagi penuntut yang ingin melanjutkan pelajaran. mereka di akademi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI