fbpx

Budak didera sampai mati kerana hiperaktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Motif utama seorang pengasuh mendera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sehingga mati kerana kanak-kanak terbabit hiperaktif.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata, hasil soal siasat ke atas suspek berusia 61 tahun itu mendapati dia sudah mengasuh kanak-kanak terbabit sejak September tahun lalu.

“Mangsa dijaga oleh pengasuh itu yang tinggal bersama dua anak lelakinya, masing-masing berusia 22 dan 34 tahun.

“Bapa mangsa yang bekerja di Vietnam tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandemik COVID-19, manakala ibunya warga tempatan melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Jelasnya, suspek dan dua anak lelakinya ditahan pada 2 Januari lalu serta direman sehingga esok.

“Kertas siasatan kes ini dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pertuduhan terhadap pengasuh berkenaan akan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala dua anak lelakinya akan dijadikan saksi pendakwaan,” katanya.

Tambahnya, dia menyeru orang ramai untuk sentiasa prihatin dengan keadaan persekitaran di kejiranan masing-masing dan menyalurkan sebarang maklumat penderaan, jenayah dan lain-lain dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI