fbpx

19 individu ditahan seludup senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan 19 individu warga asing dan warga tempatan disyaki terlibat dalam penyeludupan senjata api.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis menjumpai beberapa komponen senjata api yang diragui kewujudannya.

“Kes masih dalam proses siasatan, pihak polis mahu mengumpulkan bukti bagi melihat sejauh mana sindiket ini menjalankan kegiatan tersebut.

“Kita nak lihat apakah matlamat utama senjata api itu digunakan sama ada mahu dilupuskan atau ada berkaitan dengan unsur jenayah,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Pelancaran Sejarah Penubuhan Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am dan Batalion 4,5,6 dan 19 di sini hari ini.

Jelasnya, setakat ini siasatan awal mendapati sindiket terbabit tidan menunjukkan sebarang tanda atau bukti untuk menyerang negara.

Penahanan semua lelaki terbabit dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Operasi Benteng yang dijalankan di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru, pada 1 Januari lalu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI