fbpx

11,979 jalan rosak di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI seorang warga emas kemalangan selepas terlanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pada 3 Januari lalu.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11,979 kerosakan jalan raya termasuk jalan berlubang dilapor­kan di ibu negara sepanjang tahun lalu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 7,735 kes dikesan melalui rondaan pro­aktif oleh pihaknya, manakala selebihnya menerusi aduan orang ramai.
Keseluruhan kes itu te­lah diambil tindakan pembaikan oleh DBKL.

“DBKL juga mempunyai pelbagai saluran untuk orang awam memanjangkan aduan berkaitan jalan rosak di bawah seliaan PBT ini.

“Aduan boleh dibuat melalui laman web Intergrated sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA) DBKL, talian hotline DBKL, Biro Pengaduan Awam dan aplikasi i-Tegur (Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan),” kata DBKL dalam satu kenyataan.

Selain itu, antara saluran aduan lain adalah menerusi e-mel, WhatsApp, telefon, surat dan aduan secara bersemuka di Pejabat-Pejabat Cawangan DBKL.

“Kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat mengenai kerosakan jalan termasuk jalan berlubang amat diharapkan,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan polis Selangor mendedahkan sebanyak 148 kes kemalangan maut direkodkan berpunca daripada keadaan fizikal jalan raya yang tidak sempurna termasuk jalan berlubang dan rosak pada 2018 hingga 2020.

Jumlah itu direkodkan daripada 222 kes kemalangan dengan pengguna motosikal paling ramai terkorban.

Pada 3 Januari lalu, seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas setelah terlanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini.

Lokasi kemalangan itu di ba­wah pentadbiran DBKL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI