fbpx

Tak perlu panik limpahan air empangan Kenyir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Kenyir

PETALING JAYA-Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai untuk tidak panik dengan limpahan air Empangan Kenyir, Pahang yang merupakan prosedur lazim.

Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn. Bhd, Datuk Nor Azman Mufti berkata, air keluar dari alur limpah dan bukah melalui pembukaan pintu empangan TNB.

“Apabila air empangan di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud melepasi paras 145 meter, ia akan melimpah melalui alur limpah tidak berpintu dan ia tiada kaitan dengan pembukaan pintu empangan kerana tiada pintu di empangan tersebut.

“Empangan tersebut mampu menampung air tasik umpama tangki takungan yang sangat besar dan berfungsi sebagai tebatan banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman juga menjelaskan, faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah air empangan adalah taburan hujan yang luar biasa tinggi, berjumlah 400 milimiter sejak 12 jam lalu.

Menurut beliau, air Empangan Kenyir yang keluar melalui alur limpah tidak berpintu itu bukanlah yang pertama kali berlaku, malah yang ke-11 sejak Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud beroperasi pada 1985.

Tambahnya, kesemua empat unit penjanaan di stesen jana elektrik itu beroperasi pada kapasiti penuh 400 MegaWatt bagi memastikan paras air tasik dan integriti empangan dalam keadaan terkawal. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI