fbpx

Status pemain negara bukan satu jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAMIRAH tidak mengambil mudah untuk merebut tempat dalam skuad utama KL pada edisi sulung NSL 2021 yang akan bermula hujung bulan ini.

PEMAIN bola jaring kebangsaan, Noramirah Dayana Noor Azhar bertekad untuk memastikan pasukannya, Kuala Lumpur (KL) muncul juara pada edisi sulung Liga Super Bola Jaring Malaysia (NSL) 2021 yang akan bermula hujung bulan ini.

Bagaimanapun, Noramirah yang bermain di posisi penjaga gol, enggan menjadikan status sebagai antara tonggak berpe­ngalaman pasukan kebangsaan sebagai jaminan namanya akan tersenarai dalam skuad utama KL.

Sebaliknya, pemain berusia 26 tahun itu menegaskan, dia tetap perlu membuktikan kemampuan dirinya untuk tersenarai dalam sesi pemilihan pasukan KL selepas ini.

“Sebenarnya KL sedang membangunkan pemain-pemain mu­da meningkat naik. Mungkin KL akan guna kelebihan pemain remaja dan pengalaman senior untuk membentuk gandingan terbaik pada NSL nanti.

“Walaupun berstatus pemain kebangsaan tetapi ia bukan jaminan atau laluan mudah ke­rana saya masih perlu bersaing me­rebut tempat dalam skuad utama.

Semua pemain mempu­nyai peluang sama termasuk saya sendiri,” katanya ketika dihu­bungi Kosmo! semalam.

Pemain dari Negeri Sembilan itu juga mengakui, walaupun menjuarai Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan pada tahun lalu tetapi ia tidak bermakna KL bakal mendapat laluan mudah daripada pencabar-pencabar uta­ma seperti Selangor, Johor, Pahang dan Kedah.

“Sasaran sudah tentu mahu muncul juara tetapi KL selalunya berdepan saingan-saingan hebat dari Selangor, Johor, Pahang atau Kedah. Cumanya sekarang tidak tahu bagaimana persiapan dan perkembangan mereka,” jelasnya.

Sebagai rekod, Noramirah adalah sebahagian daripada skuad kebangsaan yang meraih dua pingat emas Sukan SEA sewaktu edisi Kuala Lumpur 2017 dan Manila 2019 selain pernah merangkul kejuaraan Kejohanan Bola Jaring Asia di Bangkok, Thailand pada 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI