fbpx

RoS tolak pendaftaran Pejuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam Mior Nor Haidir ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

 

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal dalam permohonannya untuk didaftarkan sebagai parti politik selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak permohonannya lewat petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Pejuang ketika ditemui selepas prosiding dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Menurut peguam itu surat penolakan tersebut dihantar kepada Pejuang pada pukul 5.50 petang dengan alasan pendaftaran dibuat secara tidak teratur.

“Berikutan itu Pejuang menarik balik permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini apabila permohonan ini menjadi akedemik dan kita sekarang menunggu arahan untuk tindakan seterusnya iaitu merayu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya.

Tambah beliau, pihak Pejuang dijangka akan membuat sidang media khas berkenaan isu tersebut pada hari ini.

Dalam prosiding itu, Peguam Kanan Persekutuan V.Krishna Priya mewakili Ketua Pengarah RoS dan RoS sebagai responden pertama dan kedua.

Pada 10 Disember tahun lalu, Pejuang telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Jabatan Pendaftaran RoS yang masih belum meluluskan pendaftaran parti itu.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi firma guaman Tetuan Haidir & Co dengan menamakan Ketua Pengarah RoS dan RoS sebagai responden pertama dan kedua.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI