fbpx

Persimpangan Lanchang – Temerloh masih ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pandangan udara di KM113 LPT 1

PETALING JAYA – Laluan di Kilometer (KM) 113 dan KM 115 antara Persimpangan Lanchang ke Persimpangan Temerloh, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) masih ditutup di kedua-dua hala kepada lalu lintas susulan kenaikan air.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ANIH Berhad, sehingga pukul 12.00 tengahari tadi, laluan di KM 84.6 – KM84.7 antara Persimpangan Lanchang ke Persimpangan Karak, LPT1 hala Kuantan juga masih ditutup kepada lalu lintas.

“Walaubagaimanapun laluan antara Lanchang hala Kuala Lumpur telah di buka pada pukul 9 pagi pada 5 Januari 2021.

“Pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi. Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana JKR Pahang di talian 09-5717157 atau layari portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Tambahnya, ikuti laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI