fbpx

Penunda kenderaan dipenjara tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JELEBU – Seorang penunda kenderaan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Jelebu, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memukul seorang pekerja stesen minyak di Taman Sri Chempedak, Kuala Klawang, Disember lalu.

Majistret, Khir Nizam Jemari menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Hidir Malik, 38, dari Titi, Jelebu selepas dia mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, pada jam 4.30 petang 19 Disember lalu, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Mohamad Aiman Nasir Abdullah, 20, dengan menggunakan topi keledar.

Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh datang ke stesen minyak bagi mengisi minyak motosikal.

Bagaimanapun sedikit minyak tertumpah pada motosikal menyebabkan tertuduh memarahi pengadu dan kemudian memukulnya menggunakan topi keledar di kepala sebanyak satu kali.

Tertuduh turut memukul pengadu menggunakan tangan pada bahagian muka sebanyak satu kali sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan kejadian itu selepas video kejadian tular di media sosial sejak Sabtu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI